Assalamualaikum..
Novel ini mengisah kahwin paksa laa. Sarah Humaira dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga kerana disebabkan wasiat keluarga. Abang² Sarah Humaira pun semuanya kawin dengan pilihan keluarga. Untuk mengelakkan dari di kahwin paksa, dia selalu aje buat² bz dengan study tapi nak buat cam na kan dah sampai masa kena gak kawin.
Sarah Humaira tidak mahu ambil tahu langsung siapa bakal suami dia. Sampai nama bakal suaminya pun dia tak nak tahu. Lepas akad nikah baru laa dia tahu yang suaminya tuh adalah lelaki yang paling dia benci sebab selalu sangat menyakat dan mengusiknya. Dah laa jongang plak tuh. Si suami ini sebenarnya terlalu sayang dan cintakan Sarah Humaira nie hingga sanggup menerima syarat dengan membenarkan Sarah pergi melanjutkan pelajarannya ke US dan selama 5 tahun tidak bertanya khabar dan berita. Sarah menipu keluarganya dengan mengatakan mengikut suaminya yang mendapat tawaran kerja ke UK.
Si suami ini telah mengambil inisatif untuk mengubah diri dan penampilan dan apabila kembali ke tanah air telah menjadi seorang yang tampan, kacak dan tidak jonggang lagi. Tanpa di duga, Sarah telah mendapat kerja di tempat kerja suaminya tanpa mengetahui yang ketuanya itu adalah suaminya. Iye laa tak pernah ambik tahu kan siapa suaminya sebelum ini. Sarah pun sejak balik, telah mula sedar akan kesalahan terhadap suaminya dan berhasrat untuk menjejaki suaminya..
Kalau nak tau kisah selanjutnyaa sila laa dapatkan dipasaran yer..
Kredit ~ Aku beri 4.9/5 bintang
Sinopsis ~
Kerana sebuah janji, Sarah Humaira terpenjara di luar sangkar angan-angannya. Angan-angannya untuk mengejar cita-cita dalam bidang binaan bangunan. Tidak terduga, dia disuruh berkahwin pada saat dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Semuanya hanya kerana janji itu, yang membuatkan ibu dan ayahnya memaksanya berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak dia kenali.
Selepas selamat diijab kabul, Sarah Humaira lari dari kehidupan perkahwinannya kerana perasaan bencinya pada lelaki yang sudah bergelar suaminya itu. Perasaan benci yang sudah lama terpupuk sejak sebelum mereka bernikah.